Bahaya Fitnah dan Hukum
Saturday, 31 December 2011 at 23:54 with 0 notes
Berleluasanya budaya fitnah-memfitnah, caci-mencaci, penipuan, tuduh-menuduh dan sebagainya dalam masyarakat Islam akan menggugat kekuatan ummah terutamanya dalam menghadapi ancaman pihak musuh Islam. Pertelingkahan dan perpecahan yang wujud hasil daripada pertuturan yang ditegah oleh Islam ini sememangnya dinanti-nantikan oleh musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang memporak-perandakan kesatuan dan kekuatan umat Islam. Ini seterusnya membuka peluang kepada mereka sehingga hilang segala kemegahan dan kemuliaan budi lalu bertukar kepada kehinaan dan kemunduran dalam pelbagai bidang kehidupan. Buku ini menghuraikan fenomena fitnah yang sering berlaku dalam masyarakat hari ini. Semoga pendedahan ini dapat member keinsafan dan menjauhkan diri dari perbuatan fitnah didalam kehidupan kita sehari-hari.